SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata hanya kontraktor yang berwibawa serta berkelayakan dipilih untuk menyertai projek pembangunan di negeri ini.
Menteri Kewangan Negeri itu berkata selain kontraktor yang berkelayakan tahap kualiti kerja dan siap mengikut jadual juga dititik beratkan dalam pelaksanaan sesebuah projek kerajaan.
“Kini tender projek terbuka dan boleh dilayari dengan melayarinya di laman web kerajaan negeri dan laman web Umno Sabah,” katanya pada majlis berbuka puasa Umno Zon 5, iaitu bahagian Libaran, Kinabatangan, Beluran, Batu Sapi dan Sandakan di dewan Sri Libaran di sini malam Rabu
Menurut Musa banyak lagi kawasan yang akan dibangunkan di negeri ini terutama di bawah projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Sementara itu, Musa juga mengingatkan wakil-wakil rakyat supaya jangan ingat diri sebagai yang berhormat tetapi ingat yang berkhidmat,” kata.
Musa yang Pengerusi Barisan Nasional (BN), Sabah berkata Barisan Nasional (BN), mempunyai rekod perjalanan politik yang baik dan terbukti membela nasib rakyat di negara ini.
Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil-wakil rakyat agar kerap turun padang untuk berjumpa dengan rakyat dan menyelesaikan setiap permasalahan rakyat di setiap kawasan.
“Jangan ingat YB tetapi ingatlah sebagai yang berkhidmat. YB yang berkhidmat kepada rakyat kerana kita adalah di kalangan rakyat yang dipilih rakyat,” katanya di hadapan lebih 500 ahli Umno yang terdiri dari bahagian, Libaran, Kinabatangan, Batu Sapi, Beluran dan Sandakan di dewan Sri Libaran di sini malam kelmarin.
Musa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri berkata dengan perkhidmatan yang baik kepada rakyat akan mempastikan Sabah terus mengekalkan kemenangan yang dipegang selama ini.
Dalam perkembangan itu, Musa menyeru agar semua para pemimpin dalam komponen parti saling bekerjasama dan terus bersatu padu bersama menunaikan janji kepada rakyat.
Ini jelas kata Musa para pemimpin dituntut untuk lebih memberikan perkhidmatan kepada rakyat sesuai dengan permintaan generasi muda yang lebih ke depan dalam dunia Read the rest of this entry »



Komen Terkini