Projek besarkan Lapangan Terbang Sandakan tidak lama lagi

3 06 2009

SANDAKAN: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata projek pembesaran Bangunan Lapangan Terbang San-dakan akan dimulakan tidak lama lagi sebaik saja proses reka bentuk bangunan selesai.

Ahli Parlimen Kudat itu berkata projek di bawah Pembangunan Koridor Sabah (SDC), menelan kos berjumlah RM110 juta itu akan mengubah lanskap Sandakan ke arah memiliki taraf lapangan terbang antarabangsa sekaligus dapat menampung kesesakan dan kekurangan kemudahan di lapangan sekarang.

“Sebaik saja reka bentuk bangunan diperolehi dan kerajaan akan melantik kontraktor untuk membinanya. Ia akan mengikuti skop asal penambaikan sistem bangunan dari terminal pelepasan, ketibaan dan kaunter untuk pemeriksaan,” katanya kepada para pemberita selepas menerima taklimat ringkas di sini.

Bagaimanapun katanya cadangan untuk menambah peruntukan pelaksanannya akan bergantung kepada skop asal cadangan untuk membina beberapa komponen struktur tambahan bangunan asal atau sebaiknya mengekalkan projek komponen asal.

Beliau berkata pelaksanaan projek pembesaran lapangan terbang dijangka dimulakan pada tahun ini atau tidak lebih dari dua tahun dari sekarang.

Katanya, untuk kos pembesaran dan pengubahsuaian bangunan terminal la-pangan dan airside infrastruktur sahaja mengambil 80 peratus kos yang telah diperuntukkan dan ia tidak termasuk kos-kos lain seperti yuran juru perunding dan kawasan letak kereta.

Menurutnya dengan siapanya projek pembesaran bangunan terminal bukan sahaja dapat menampung bilangan pengguna lapangan terbang yang semakin meningkat dari jumlah 660 ribu pada tahun 2008.

Katanya apron letak untuk pesawat juga akan ditambah dengan penambahan Aerobridge bagi pesawat jenis A330, B737-800w dan termasuk ‘open bay’ letak untuk pesawat FK50 dan ke bawah.

Abdul Rahim berkata ia merupakan hasil hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat menerusi usaha para pemimpin dari Sandakan yang mahukan rakyat mendapat manfaat dan terus menikmati hasil pembangunan yang lebih selesa dan ia adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

SUMBER : NEW SABAH TIMES


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: