Persidangan alam sekitar khusus kanak-kanak pencinta alam di Sandakan

4 06 2009

SANDAKAN: Bagi sebahagian besar kanak-kanak yang bersekolah sudah tentu menghabiskan cuti dua minggu mereka untuk bersama keluarga atau balik kampung, tetapi tidak bagi kanak-kanak pencinta alam yang sanggup menghabiskan cuti sekolah dengan berkempen serta mendidik masyarakat untuk mencintai alam sekitar.

Disertai seramai 160 kanak-kanak berusia antara 10 hingga 16 tahun dari Semenanjung dan Sabah memilih Sandakan sebagai lokasi untuk mengadakan persidangan lima hari bermula 1 Jun hingga 5 Jun di bawah projek YAWA 6th International Children’s Conference on the Enviroment ” Rise Up, Stand Up – Let’s Cool the Eart” .

Anjuran Yayasan Warisan Anak Alam (YAWA) dan Sabah Enviromental Education Network (SEEN), telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan, Datuk Alron Alfred Angin.

Persidangan selama lima hari itu akan diadakan di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok Batu 14, Jalan Labuk.

Rombongan itu akan didedahkan kepada beberapa kaedah menyelamat bumi antaranya menghadiri bengkel serta mengadakan lawatan ke kawasan yang di penuhi tanaman pokok dan hutan hujan seperti kawasan hutan Sepilok Laut, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Mon-yet Bangkatan, SJK Chi Wah yang menjadi contoh sekolah mesra alam dan beberapa lagi kawasan yang menarik.

Berucap pada majlis pelancaran persidangan itu, Pembantu Menteri yang mewakili men-terinya berkata kesedaran yang tinggi mengenai pemuliharaan alam sekitar amat dituntut ketika ini ekoran tahap pemanasan global semakin terasa bahangnya akibat berlakunya tahap pencemaran alam.

Katanya, kesedaran dan sikap tanpa tindakan tidak dapat membantu jika seseorang individu tidak melakukan sesuatu yang bermakna seperti memastikan setiap kawasan bersih dari sampah sarap dan lain-lain yang berbentuk pencemaran.

“Pendidikan awal yang didedahkan kepada kanak-kanak ini suatu yang membanggakan dan ianya akan mendidik generasi muda untuk lebih perihatin dan peka terhadap isu pencemaran,” katanya.

Beliau berkata pemilihan Sandakan sebagai pusat persidangan yang menghimpunkan kanak-kanak pencinta alam akan menarik lebih ramai lagi pelancong untuk berkunjung ke Sandakan kelak.

Kemudian, Pembantu Menteri itu, Datuk Alron Alfred melepaskan sekumpulan ikan ke dalam tasik RDC tanda pelancaran persidangan lima hari itu.


Actions

Information

One response

4 06 2009
sandakankini

Done With Failure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: