Masalah penduduk Kg Tinusa II dapat perhatian

24 06 2009

SANDAKAN: Sekurang-kurang empat dari sembilan perkara keperluan asas yang dikemukakan penduduk Kampung Tinusa II dalam majlis dialog bersama pemimpin mendapat perhatian segera daripada Ketua Menteri dan tindakan serta merta diarah mengatasi permasalahan itu.

Ketua Menteri Datuk Haji Musa Haji Aman mengarahkan Majlis Perbandaran Sandakan segera membuat penilaian kos bagi membaiki jambatan yang telah rosak akibat dilalui lori le-bih muatan pada 2005 menyebabkan jambatan Kg Tinusa II runtuh.

“Saya minta MPS segera membuat penilaian kos membaiki jambatan kerana lencongan berselekoh yang sedia ada tidak lagi sesuai untuk me-nampung kenderaan penduduk yang semakin banyak dan laluan itu kini menjdi sibuk setiap hari. Saya sangat berharap jambatan lurus ini dapat segera dibaiki dan digunakan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab permasalahan yang dikemukakan penduduk kampun berkenaan dalam dailog bersama rakyat di majlis pemimpin bersama rakyat di rumah ketua Cawangan Umno Tinusa Jaya di sini pada Ahad.

Turut hadir di majlis itu, Senator Datuk Armani Hj Mahiruddin, Timbalan Presiden MPS Hj ABM Fajeer, Jurutera Air Sandakan, jurutera JKR, Pegawai SESB, Pemimpin Kemajuan Rak-yat (PKR) Sg Sibuga, Hj Basra Hj Abdul Rah-man, pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta lebih 200 penduduk Kampung Tinusa II.

Selain isu jambatan utama itu, masalah laluan jambatan di sekitar perumahan di kampung itu banyak yang rosak akibat bencana alam baru-baru ini dan juga reput kesan fenomena alam turut diambil perhatian oleh pemimpin itu.

Katanya,beliau akan segera mengambil tindakan untuk memperbaiki malah sedang meneliti untuk menaik taraf semua jambatan laluan utama dari kayu ke konkrit manakala jambatan lorong yang menghubungkan kawasan perumahan dengan jambatan laluan utama dikekalkan kayau tetapi diperbaiki segera mengikut keperluan dan keutamaan.

“Kita cadangkan jambatan laluan utama dibina konkrit manakala yang lain kita kekalkan kayu kerana untuk membina keseluruhan jambatan kampung dengan konkrit kosnya sangat tinggi dan mengambil masa jadi kita akan bina mengikut keperluan dan keutamaan dan saya juga berharap MPS membuat penilaian kos mengenainya,” katanya.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Sungai Sibuga meminta Jabatan Tanah Dan Ukur mengenal pasti status tanah kawasan bakau berhampiran kampung di situ untuk dijadikan dibangunkan pusat Kesihatan,lokasi letak kereta serta taman aktiviti reakreasi kepada lebih 5000 penduduk di situ.

Katanya perkara-perkara itu diberikan keutamaan kerana ianya sangat diperlukan penduduk dan sebagai wakil rakyat adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk berusaha menyelesaikan permasalahan rakyat yang beliau wakili.

Bagaimanapun, beliau turut sekali lagi meng-ingatkan kalangan kontraktor yang bakal berpe-luang melaksanakan kerja-kerja pembinaan projek pembangunan kerajaan sama ada PIAS dan PIA agar melaksanakan kerja mengikut dan menepati skop kerja yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kita tidak menghalang kontraktor dari mendapatkan keuntungan dan memang itulah adat dalam berniaga untuk mendapatkan sebanyak mungkin keuntungan tetapi bagaimanapun dalam kerja-kerja kontrak, kontraktor hendaklah membuat kerja mereka dengan baik dan berkualiti.”

“Jika kayu kapur dan keruing bukannya dari jenis O.T. kerana jika kontraktor menggunakan kayu-kayu yang tidak berkualiti bukan saja rakyat meneima akibatnya malah lebih rugi adalah kontraktor itu sendiri kerana mereka akan disenarai hitam dan berkemungkinan tidak lagi diberikan peluang melaksanakan kerja pada masa depan,” katanya.

Dalam pada itu ketika menyentuh teguran penduduk mengenai perkembangan kerja-kerja pembinaan Masjid Asma Ulhusna di kampung itu, Musa yang juga Menteri Kewangan mena-ruh keyakinan kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan itu dapat menyiapkan masjid tersebut selewat-lewat awal tahun depan.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Libaran, menasihatkan ahli-ahli Umno dan Anggota Barisan Nasional (BN) agar sentiasa memperkasakan perpaduan kalangan mereka dengan mengelakkan diri dari terjebak hasutan, fitnah serta dakyah pembangkang yang sentiasa berlegar di persekitaran mereka .

Katanya, pembangkang di negara ini hanya mempunyai gaya adu domba untuk mendapatkan sokongan dan beranggapan jika rakyat hidup dengan aman dan harmoni negara ini tidak demokratik dan menuduh kerajaan BN dengan berbagai cerca sedangkan kerajaan BN telah terbukti berjaya membangunkan negara ini.

“Rakyat sebenarnya dapat melihat dan merasakan,hanya kerajaan BN yang telah menjadikan negara kita ini makmur dan maju membangun, malah di peringkat nasional terus mengakui bahawa Sabah adalah contoh modul terbaik dalam perpaduan dan keharmonian kaum di mana rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup bersama tanpa diulit prasangka.”

“Kita di Sabah telah membuktikan bahawa konsep 1 Malaysia boleh dicapai melalui sikap dan semangat sering percaya mempercayai dan bersatu setia dalam menyokong kepimpinan kerajaan BN,sokongan tersebut harus diteruskan sepanjang masa barulah pembangunan dapat diteruskan,” katanya.

Sumber Berita : New Sabah Times

Sumber Gambar : Blog Puteri Libaran


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: