Pengusaha pelancongan di Kinabatangan bantu pulihara alam sekitar

2 07 2009

SANDAKAN:Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) melancarkan program Cukai Konservasi Suka-rela untuk membantu usaha pemuliharaan alam sekitar di Kinabatan-gan.

Presiden KiTA Alexander Yee berkata melalui program itu, setiap pusat penginapan milik anggota KiTA akan mendapatkan sumbangan daripada pengunjung dan sumbangan itu disalurkan kepada tabung konservasi hidupan liar dan habitat di Koridor Kehidupan Kinabatangan (KCoL).

Program lain yang dilakukan ialah melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok yang dimasukkan dalam pakej pelancongan yang ditawarkan anggota pelancongan KiTA, katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

Beliau berkata aktiviti itu turut menjana pendapatan kepada penduduk kampung kerana pokok yang ditanam semula itu dijual kepada syarikat.

Katanya KiTA yang didaftarkan bulan lepas kini dianggotai lapan pengusaha pusat pelancongan di Kina-batangan dan bakal disertai tujuh lagi pengusaha pelancongan dalam waktu terdekat.

Persatuan itu yang menjalin kerjasama rapat dengan WWF Malaysia dilancarkan oleh Menteri Pelancon-gan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun di Kampung Bilit, Kinabatangan pada Isnin.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: