Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

4 07 2009

LAPORAN OLEH : AHMAD KAMIL  @ DON

SANDAKAN : Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dapat memberi peluang kepada rakyat khususnya para peladang, penternak dan nelayan diyakini dapat mengikuti perkembangan terkini sektor pertanian, terutamanya  teknologi dan inovasi baru.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pelbagai program dan dasar untuk mentransformasi para petani tempatan menjadi masyarakat petani yang progresif, maju dan berdaya saing telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Untuk rekod, Sabah hanya mempunyai 280,000 hektar tanah yang belum dibuka untuk pertanian daripada  2.12 juta hektar yang sesuai untuk pertanian dan 1.69 juta hektar telah dibangunankan.

“sebahagian besar daripada kawasan tanah yang diberi milik untuk pertanian tidak diusahakan dan menjadi tanah terbiar dan ada juga yang menggunakan  untuk kegunaan lain”

“Kerajaan amat memandang serius perkara ini dan akan melaksanakan satu pengesanan terperinci mengikut syarat yang terkandung dalam geran pemilikan”, tegas beliau.

Walau bagaimanapun, beliau menyeru agar para pengusaha tanaman komoditi utama dapat memperuntukkan sekurang – kurangnya 10 peratus untuk tujuan pengeluaran makanan dan boleh menyumbangkan kepada peningkatan bekalan makanan tempatan.

Selain itu, beliau juga menyeru agar para petani, peladang dan nelayan terus meningkatkan usaha, semangat dan iltizam untuk menjadikan pertanian moden yang bersifat komersial  sebagai amalan pertanian.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Dr. Ewon Ebin, Timbalan Ketua Menteri /Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Husin, ADUN Sukau Saddi Abdul Rahman, Adun Elopura Au Kam wah, Presiden Majlis Perbandaran Tawau Ismail Mayakob, Serta para pemimpin lain.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: