Lapangan Terbang Sandakan bakal dinaik taraf

10 07 2009

SANDAKAN: Selepas beroperasi sejak lebih dua dekad lalu, Lapangan Terbang Sandakan bakal dinaik taraf dan akan mempunyai penerbangan terus dari Kalimantan, China serta Filipina.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol, berkata langkah itu adalah antara alternatif menarik orang ramai terutama pelancong asing berkunjung ke daerah berkenaan.

Katanya, penurunan kedatangan penumpang kira-kira tiga peratus tahun lalu yang tiba melalui lapangan terbang itu membuktikan sudah tiba masanya ia dinaik taraf.

“Kegawatan ekonomi global semasa memberi impak kepada industri pelancongan, oleh itu kita mesti mencari jalan proaktif untuk memperbaiki keadaan,” katanya ketika merasmikan sambutan di lapangan terbang sempena sambutan Festival Sandakan 2009.

Hadir sama Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, James Wong, dan Pengurus Malaysia Airport Berhad (MAB) Sandakan, Awang Mali Awang Anak.

Juslie berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu gigih mempromosi budaya menerusi projek inap desa kerana banyak kawasan didapati belum dimajukan.

“PBT perlu menyelaraskan semula kampung terbabit untuk dijadikan inap desa supaya industri pelancongan dapat menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.


Actions

Information

4 responses

13 07 2009
myads4bucks

Salam…Baiklah airport sandakan tu kalau dinaiktaraf…sebab kecil sangat. Airasia domestik tawau-sndkn pon takda. Mcm di tawau dulu pon kecik dan skrag dah ok dah. Hopefully perancgn menjadi kenyataan.
———————————————————
Sertai saya jana pendapatan tambahan. Visit http://www.ramanbiz.com
———————————————————

4 08 2009
Amatt D'bugisrockers

tahniah kpd warga sandakan kerana bkl menerima 1 lagi pembaharuan infrastruktur..smoga upgrading airport ni bakal jadi pemangkin eko-tourism d sandakan……

4 05 2010
bidink

banyak lagi orang2 terpaksa pindah……sebab penggunaan kawasan yg lebih luas

13 08 2010
md azizul

ya memeang btul. . . .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: