Pembinaan jambatan di Terusan Sapi atasi masalah penduduk

14 07 2009

SANDAKAN: Kesukaran kira-kira 500 penduduk kampung untuk menyeberangi sungai Labuk di Skim Pengairan Terusan Sapi di Beluran akan berakhir dengan pembinaan sebuah jambatan yang dijangka siap pada April 2011.

Dengan pembinaan jambatan itu, penduduk kampung terbabit antaranya dari Kampung Tagas-Tagas, Bamban-gan dan Salak tidak lagi bergantung kepada perkhidmatan feri untuk men-yeberangi sungai itu yang digunakan sejak 24 tahun lepas.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Michael Asang berkata pembinaan jambatan tersebut yang membabitkan kos RM19 juta dilaksanakan melalui projek kerajaan negeri.

Katanya dengan siapnya jambatan itu kelak, dapat memudahkan penduduk kampung dan penjawat awam yang bertugas di kawasan itu untuk melakukan urusan harian serta membeli barang keperluan di Pekan Beluran.

“Pembinaan jambatan tersebut membuktikan kerajaan memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar yang sekian lama dihadapi di kawasan itu,” katanya.

Michael yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Labuk berkata pembinaan jambatan tersebut juga memberi manfaat kepada industri ladang sawit dan Skim Penanaman Sawah di Terusan Sapi yang terdapat di kawasan itu dalam memasarkan hasil tanaman mereka.

Pada Mac lepas, akhbar pernah melaporkan mengenai kesusahan penduduk kampung di kawasan itu yang terpaksa bergantung kepada perkhidmatan feri untuk melakukan urusan harian.

Setiap kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri itu dikenakan bayaran RM40 hingga RM60 mengikut jenis kenderaan dan ada masanya perkhidmatan feri tidak boleh digunakan kerana enjin bot rosak atau arus sungai deras ketika banjir.
SUMBER : NEW SABAH TIMES


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: