TM giat baiki kerosakan telekomunikasi di Sandakan

1 08 2009

SANDAKAN: Kerja membaikpulih kerosakan peralatan telekomunikasi di sini, masih giat dilakukan.

Kerosakan akibat kebakaran membabitkan bangunan Tele- kom Malaysia ™ Berhad itu menyebabkan kerosakan peralatan telekomunikasi sehingga menjejaskan talian telefon dan transaksi bank di sini, Kinabatangan dan Beluran.

Penolong Pengurus Operasi TM Sandakan Nordin Badar berkata keutamaan diberi kepada pemulihan kemudahan transaksi bank dan talian telefon di sekitar bandar Sandakan sehingga ke Batu 4 Jalan Labuk.

“Pemulihan kemudahan itu akan dilakukan secara berperingkat dan tempoh untuk kerja penyelenggaran siap sepenuhnya belum dapat dipastikan lagi,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin

Pada Isnin, talian internet, telefon serta transaksi bank termasuk mesin ATM di sini, Kinabatangan dan Beluran terjejas akibat kebakaran membabitkan tingkat dua pejabat Telekom Malaysia Berhad, yang menempatkan bahagian pejabat serta peralatan telekomunikasi.

Sehingga hari ini, kemudahan itu belum dapat digunakan dan menjejaskan urusan di semua pejabat kerajaan dan bank di tiga daerah terbabit.

Nordin berkata pihaknya akan memberikan maklumat terbaru kepada masya- rakat dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pemulihan perkhidmatan talian telefon.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: