Wanita Libaran usul kuota 30 peratus pembuat dasar dan keputusan dipenuhi

11 08 2009

SANDAKAN: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Libaran mengusul supaya kuota 30 peratus pembuat dasar dan keputusan dipenuhi.

Ketuanya, Datuk Armani Mahiruddin, berkata mesyuarat Wanita Umno Libaran berpendapat bahawa jumlah wanita yang terbabit dalam membuat dasar dalam pelbagai aspek masih belum mencukupi 30 peratus dan wanita kini mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama lelaki dalam agenda pembangunan negara.

Beliau berkata kini, wanita negara ini bukan sekadar keluar dari kepompong yang membelenggu fungsi dan pemikiran mereka sejak sekian lama, bahkan bergerak maju seiring kemajuan negara dalam era pembangunan global

Jelasnya kemajuan wanita di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan memberangsangkan sejak dua dekad kebelakangan ini terutama dengan lahirnya beberapa nama besar yang menjadi peneraju dalam pelbagai sektor dan bidang.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Libaran di Dewan Sri Libaran, Sandakan kelmarin.

Mesyuarat perwakilan dirasmikan Naib Ketua Umno Libaran, Datuk Zakaria Hj. Mohd Eddris, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Armani yang juga Ketua Wanita Umno Sabah menambah jika dilihat kejayaan wanita Malaysia hari ini adalah hasil kestabilan politik yang membantu meningkatkan ekonomi negara, sekali gus memberi banyak peluang pekerjaan kepada wanita.

“Dianggarkan jumlah wanita yang terbabit dalam sektor pekerjaan di negara ini mencecah 45 peratus tetapi sebahagian besar daripada jumlah itu bukan membabitkan mereka yang memegang jawatan penting.

”Wanita Umno Libaran amat boleh berbangga kerana sudah ramai wanita yang terbabit dalam pelbagai bidang yang satu ketika dulu dianggap `tidak sesuai’ untuk diceburi seperti kejuruteraan, kehakiman, kewangan dan pengurusan.

Tegas beliau dalam bidang pendidikan pula, wanita sudah jauh ke depan dengan menyandang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Pengarah Pendidikan, pengetua dan dekan fakulti.

Armani berkata paling membanggakan laporan statistik terbaru menunjukkan jumlah wanita yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi adalah lebih 60 peratus berbanding pelajar lelaki. Keadaan itu membuktikan wanita hari ini mempunyai kesedaran untuk memperbaiki diri dan tidak mahu lagi ketinggalan dalam pembangunan sejagat.

“Tidak dapat dinafikan sehingga hari ini kuota 30 peratus yang disasarkan wanita sebagai pembuat dasar itu masih belum dicapai terutama dalam bidang politik dan perkhidmatan awam.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: