‘Ops Pasir’ legakan penduduk Sandakan

18 08 2009

PULAU BERHALA (SANDAKAN): “Kami boleh tidur nyenyak sekarang. Sebelum ada anggota tentera di pulau ini, kami tidak dapat tidur lena kerana bimbang diserang lanun.

“Sejak Ops Pasir dilancarkan sembilan tahun lalu, kami boleh menangkap ikan dan hidup aman.”

Itulah luahan hati Ketua Kampung Pulau Pulau Berhala, Ravi Masud, 65, mengenai keselamatan di perairan pulau ini dan Sandakan secara keseluruhannya berbanding sebelum Operasi Pandanan/Sipadan (Ops Pasir) dilaksanakan pada September 2000.

Menyorot sejarah penculikan 12 pelancong asing, lapan pekerja pusat peranginan dan seorang anggota polis oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf dari Selatan Filipina, di Pulau Sipadan, dekat Semporna pada 23 April 2000, Ravi berkata, ia menyebabkan penduduk pulau berkenaan dan sekitarnya dibelenggu ketakutan.

“Waktu itu, kami bukan setakat bimbang untuk ke laut, malah tidak dapat tidur nyenyak kerana pulau memang tidak jauh dari Selatan Filipina,” katanya kepada Berita Harian di sini, baru-baru ini.

Beliau ditemui ketika lawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninjau Ops Pasir di pulau ini. Hadir sama, Panglima Angkatan Tugas Bersama (ATB), Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor dan Komander ATB Tawau, Brig Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

Ravi berkata, kebimbangan penduduk semakin meningkat apabila pengganas terbabit sekali lagi menculik sekumpulan pekerja di sebuah pusat peranginan di Pulau Pandanan, dekat Semporna pada 10 September 2000.

“Kami bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada ATM yang menempatkan anggota tentera di kawasan ini untuk menghalang serangan lanun,” katanya.

Ops Pasir dilancarkan pada 20 September 2000 selepas Kabinet menyifatkan penculikan berkenaan sebagai pencerobohan kedaulatan wilayah Malaysia.

Operasi itu membabitkan 19 pulau dan 21 penempatan anggota tentera di Sektor Utara yang membabitkan perairan dari Kudat hingga Sandakan dan Sektor Selatan dari Sandakan ke Tawau.

TDM turut menempatkan anggota tentera di Pulau Jambongan dan Pulau Banggi, dekat Kudat.

Kini, Ops Pasir diletakkan di bawah pentadbiran Markas ATB yang berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau yang diketuai Sheikh Mokhsin.

ATB membabitkan penugasan tugas secara bersama TDM, TLDM dan TUDM bagi memastikan kedaulatan perairan dan wilayah Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara daripada pencerobohan, penculikan dan kemasukan pendatang tanpa izin.

Sejak Ops Pasir dilancarkan, tiada insiden berkenaan dilaporkan, sekali gus membuktikan ketegasan kerajaan dalam mengambil berat aspek keselamatan rakyat di perairan berhampiran Selatan Filipina.


Actions

Information

One response

18 10 2013
http://storify.com/stereotype704/the-way-to-choose-best-seo-packages-for-you

I believe everything aid made a lot of sense. But, what about this?
what if you adxed a little information? I mean, I don’t want
to tell you how to run your blog, but what if you added a title that makes
people desire more? I mean ‘Ops Pasir’ legakan penduduk Sandakan | SANDAKANKINI
is kinda boring. You should look at Yahoo’s home page
and watch how they write post headlines to get viewers
to click. Yoou might add a video or a reelated pic oor two to grab readers interested about everything’ve got to say.
In my opinion, it would make your posts a little
bit more interesting.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: