PENCEMARAN SG. SEGELIUD

26 08 2009

SANDAKAN : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah diminta mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang yang bertanggungjawab mencemar Sungai Segaliud dekat sini hingga mengakibatkan banyak hidupan air tawar itu ditemui mati terapung-apung hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, langkah segera perlu diambil kerana lebih 2,000 penduduk tinggal serta bergantung hidup dengan sungai tersebut sebagai sumber air dan pendapatan.

Tegas Samsudin, JAS perlu memeriksa kandungan sungai tersebut dengan mengambil contoh airnya bagi memastikan sama ada masih selamat digunakan atau sebaliknya.

“Sungai Segaliud kini berdepan dengan pencemaran serius apabila hidupan sungai itu mati secara tiba-tiba. Bangkai ribuan ikan, udang dan hidupan air tawar lain ditemui mati dan airnya juga berbau busuk.

“Kejadian ini disedari penduduk setelah ikan dan udang timbul di permukaan dalam keadaan mata merah dan perut buncit,” katanya kepada pemberita ketika melawat sungai itu di sini hari ini.

Menurutnya, antara ikan yang mati adalah lampam Jawa, baung dan ketulu yang juga dikenali penduduk setempat sebagai ikan ubi.

Beliau berkata, tindakan segera adalah perlu kerana sungai itu bukan sahaja menjadi sumber air kepada penduduk setempat tetapi juga penduduk di bandar Sandakan.

“Cari punca pencemaran, kalau boleh pergi ke setiap pelosok aliran air sungai terutama di setiap kilang pembuangan sisa kumbahan kelapa sawit yang terdapat di sekitar sungai ini,” katanya.

Katanya, pihak kilang yang melakukan perbuatan tersebut perlu diheret ke mahkamah dan hukuman setimpal perlu dikenakan.

Tambahnya, masalah pencemaran di sungai tersebut bukan sesuatu yang baru kerana sudah berlaku beberapa kali dan adalah wajar hukuman berat dikenakan.

SUMBER : BLOG SAHABAT PENCINTA ALAM SABAH


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: