Dua beranak mati lemas kereta dihanyut arus

28 08 2009

SANDAKAN 27 Ogos – Seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia dua tahun mati lemas selepas kereta pacuan empat rodanya dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Tongod di Jalan Sapi Nangoh dekat sini semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Lina, 35, warga Indonesia dalam perjalanan ke klinik kesihatan berhampiran.

Dia bersama anaknya dan seorang pemandu iaitu pengurus ladang kelapa sawit di Ulu Tongod yang berusia lingkungan 40-an menggunakan laluan biasa itu dan tidak menyangka arus terlalu deras.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri.

Dia tidak mampu menyelamatkan dua beranak itu yang terperangkap dalam kereta berkenaan.

Berikutan itu, pihak bomba dihubungi pukul 9.15 pagi tetapi hanya sampai ke tempat kejadian pukul 1 petang kerana jarak antara Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan ke lokasi kejadian lebih kurang 157 kilometer.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan mangsa dikeluarkan pukul 4.49 petang.

“Kita mengambil masa beberapa jam kerana terpaksa mengesan kedudukan kereta mangsa dan kemudian proses mengeluarkan mereka pula memakan masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, laluan tersebut menyeberangi sungai itu adalah laluan biasa penduduk setempat dari ladang kelapa sawit Ulu Tongod untuk ke klinik kesihatan terdekat.

Katanya, arus sungai tersebut menjadi deras dipercayai akibat hujan lebat yang melanda daerah ini sejak beberapa hari lalu.

SUMBER : BERNAMA


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: