Marin berjaya rampas 1,250 telur penyu cuba diseludup

30 08 2009

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Marin berjaya merampas sejumlah 1,250 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk ke daerah ini termasuk menahan empat orang pendatang pada Ops Octopus di laut batu 7, malam Khamis.

Pegawai Memerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin di sini, Pemangku ASP Muhammad Sallam Spawi berkata semasa rondaan dijalankan di laut berhampiran pada jam 9.30 malam telah menahan sebuah bot laju no pendaftaran SN3096D.

“Sebaik pemeriksaan keatas bot dan penumpangnya, seorang lelaki yang bertindak sebagai juragan nekad terjun lalu lari ke kawasan semak. Sementara empat orang penumpangnya ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah,” katanya dalam satu siaran akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata kesemua telur penyu itu dijumpai disembunyikan dibawa bot berkenaan dan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan di bandar ini.

Katanya kesemua tahanan yang berusia dari 12 hingga 61 tahun telah dibawa ke pangkalan untuk tindakan lanjut.

“PTI kita akan serah kepada Jabatan Imigresen dan kesalahan memiliki telur penyu itu dibawa Enakmen Hidupan Liar 1997,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Sallam mengalu-alukan kerjasama masyarakat setempat dalam membantu pasukan itu membentaras kegiatan jenayah di sekitar daerah ini dengan memberikan maklumat segera kepada pasukannya.

Mereka boleh datang ke pejabat Polis Marin Sandakan atau menghubungi di talian 24 jam iaitu 089-221432/424/453 atau fak ke 089-221455.

SUMBER : New Sabah Times


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: