14 ditahan dalam ‘Ops Octopus’

2 09 2009

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Marin di sini terus memperhebatkan usaha membenteras kegiatan penyeludupan termasuk kemasukan pendatang tanpa izin ke dearah ini.

Bertindak atas maklumat kemasukan PTI itu pada pukul 9.50 malam pada 30 Ogos lepas, sepasukan anggota U.R.M yang menjalankan rondaan ‘Ops Octopus’ telah membuat intipan ke atas di perairan laut Pulau Nunuyan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM daerah ini, Pemangku ASP Muhammad Sallam Spawi berkata sebaik intipan dibuat mendapati dua bot jenis pump bot dalam keadaan mencurigakan dan sarat membawa seramai 14 orang penumpang yang disyaki PTI.

“Ketika bot bergerak masuk ke laut menuju ke pantai Pulau Nunuyan dan pada masa yang sama anggota menghampiri kedua-dua bot memecut ke kawasan cetek dan mengandaskan bot ke pantai,” katanya dalam siaran akhbar di sini kelmarin.

Muhammad Sallam berkata pasukan itu berjaya menghalang tindakan juragan bot dan penumpang melarikan diri dan menahan kesemua mereka selepas berlakunya kejar mengejar dan pergelutan dengan juragan bot berkenaan.

Katanya dari 14 PTI yang ditahan terdiri dari tujuh dewasa dan enam kanak-kanak yang berasal dari Filipina dengan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini.

Kesemua mereka telah ditahan dan diiringi ke pangkalan untuk tindakan lanjut dibawa Akta Imigresen.

Sehubungan itu, Muhammad Sallam meminta orang ramai yang mendiami kawasan pulau agar memberikan kerjasama kepada pasukan bagi membenteras kegiatan penyeludupan dan kemasukan PTI.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: