TERIMA KASIH PM

6 09 2009

SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman berkata, pemimpin dan rakyat negeri ini berterima kasih kepada kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’Seri Mohd Najib Tun Razak kerana telah menyalurkan peruntukan ber- bilion ringgit untuk pembangunan di negeri ini.

Katanya, dengan adanya peruntukan dari kerajaan persekutuan itu rakyat negeri ini men- dapat manafaat melalui program pembangunan yang dirancang kerajaan negeri sekaligus memberikan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semepna majlis penyerahan sumbangan hari raya kepada golongan fakir, ibu tunggal, anak- anak yatim, golongan orang kurang upayah (OKU) dan mualaf di Kampung Batu Putih di sini kelmarin.

Katanya, di peringkat kerajaan negeri usaha berterusan untuk membangunkan rakyat tetap menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengecualikan mana-mana kawasan kerana setiap rakyat berhak untuk menikmati segala kemudahan yang diberikan kerajaan.

“Rakyat tentunya dapat melihat berbagai program pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan mereka, semua ini merupakan hasrat kepimpinan negara untuk melihat masyarakat kita sentiasa terbela. Rakyat bukan saja menikmati pembangunan malah mampu meningkatkan ekonomi keluarga,” tambahnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan ber- kata, usaha membangunakan kawasan- kawasan di negeri ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringat serta berterusan dan berharap rakyat bersabar dengan memberikan masa kepada kerajaan dan wakil-wakil rakyat melaksanakan apa yang telah dirancang untuk mereka.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Badan perhubungan Umno Negeri menegaskan, kejayaan kerajaan melaksanakan sega- la aktiviti pembangunan infrastruktur dan sosio-ekonomi negeri ini berkait rapat dengan kekuatan perpaduan kalangan rakyat khususnya di peringkat akar umbi.

Turut hadir Adun Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Mohd Edris, Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Armani Hj Mahiruddin, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sg. Sibuga, Hj Basra Hj Abdul Rahman, Ketua Daerah OKK Hj Awang Damit Hj Abdul Rahim serta AJK Bahagian, Pemuda,Wanita dan Puteri Umno Libaran.

Ketua Umno Bahagian Libaran itu juga mahu golongan muda sentiasa diberikan peluang dan dilibatkan dalam semua aktiviti kemasyarakatan di peringkat akar umbi bagi membolehkan golongan itu menyumbangkan tenaga dan kebolehan mereka untuk kemajuan kampung.

Katanya, penglibatan anak-anak muda dalam acara-acara masyarakat selain melatih mereka sebagai bakal pemimpin lebih penting golongan itu dapat menetukan arah tuju kehidupan mereka untuk mencapai kesejahteraan diri dan keluarga.

Selain menyampaikan sumbangan kepada 340 orang pemerima di Kampung Batu Putih, beliau turut menyampaikan sumbangan yang sama kepada 308 orang penerima di Kampung Tinusa II,300 penerima di Taman Merpati, 575 penerima di Kg Sungai Kayu dan seterusnya berbuka puasa dan bersembayang tarawih di masjid kampung berkenaan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: