KONTRAKTOR DIBERI TEMPOH 3 BULAN

1 02 2010

SANDAKAN: Kementerian Kesihatan telah memberi tempoh sehingga 30 April ini untuk pihak kontraktor menyiapkan segala kerja-kerja pemulihan dan kerosakan bangunan Hospital Duchess of Kent di sini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerosakan tersebut telah dilaporkan kepada kontraktor yang membina bangunan itu tetapi mereka berdolak-dalik dan masih belum melaksanakan sebarang kerja baik pulih sehingga hari ini (kelmarin).

Katanya sebuah jawatankuasa khas diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Maimunah Abdul Hamid ditubuhkan bagi memantau dan memastikan kerja-kerja baik pulih itu siap mengikut jadual.

“Jawatankuasa khas ini akan memastikan pihak kontraktor menunaikan janji-janji mereka,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan rasmi ke hospital itu kelmarin

Katanya hospital itu diberi peruntukan RM2.75 juta bagi menaiktaraf Unit Dietetik dan Sajian, Dewan Bedah Lama, pendawaian elektrik di wad bersalin serta menubuhkan Unit Tradisional bagi menyediakan rawatan alternatif kepada pesakit.

Selain itu, Liow juga mengumumkan peruntukan RM350,000 bagi pembeliankelengkapan rawatan mata dan mesin ultra sound untuk hospital tersebut.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: