K’jaan perlu kenalpasti penempatan sesuai penduduk Sukau, Kinabatangan: Saddi

4 02 2010

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sukau Saddi Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu mengenalpasti kawasan penempatan sesuai untuk penduduk kampung di kawasan Sukau dan Kinabatangan yang sering dilanda banjir.

Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan tidak berterusan mengalami penderitaan akibat banjir pada masa akan datang.

“Kira-kira 4,000 penduduk kampung terdiri daripada 200 keluarga di Sukau dan 500 keluarga di Kinabatangan terjejas dan menjadi mangsa banjir setiap tahun setiap kali musim hujan.

“Oleh itu, langkah terbaik untuk menangani masalah ini dan memastikan penduduk kampung berkenaan tidak mengalami kesusahaan setiap kali musim hujan ialah memindahkan mereka ke kawasan tanah tinggi. Perkara ini juga dicadangkan baru-baru ini oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan single kedua anak sulungnya Sabhi Saddi, di sebuah hotel tekemuka, di sini.

Saddi berkata, cadangan untuk penempatan semula mangsa banjir di kawasan Sukau dan Kinabatangan bukan sahaja untuk memberikan mereka tapak membina rumah tetapi pemberian tanah untuk bercucuk tanam.

“Saya mencadangkan setiap keluarga yang akan dipindahkan diberikan antara 10 hingga 15 ekar tanah untuk membina rumah dan juga bercucuk tanam pada skala kecil-kecilan bagi membolehkan mereka mencari sumber pendapatan.

“Kami akan mencari tanah negeri yang sesuai di kawasan Sukau untuk memindahkan penduduk kampung yang tinggal di kawasan tanah rendah khususnya di Abai, Bilit, Sukau, Batu Putih dan Mukim Litang,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya tidak berjaya mendapatkan tanah negeri, pihaknya mungkin akan menimbang untuk mencari tanah simpan untuk tujuan itu.

“Pilihan terakhir kita ialah memohon beberapa ekar tanah di Tanah Simpan Supu Kelas 2 berhampiran kawasan saya untuk pemindahan penduduk-penduduk terjejas banjir. Perkara ini pernah dilakukan semasa kerajaan Berjaya sebelum ini,” katanya.

Saddi berkata, semasa pemerintahan kerajaan Berjaya, penduduk kampung yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir seperti di Abai dan Sukau dipindahkan ke tanah simpan.

“Beberapa kampung penempatan semula yang diwujudkan ialah Kampung Perpaduan dan Kampung Sentos Jaya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya satu kajian terpereinci perlu dilakukan bagi menjayakan hasrat membuka sebuah lagi kawasan kampung penempatan di kawasan tanah simpan Supu.

“Semua cadangan ini, perlu di rujuk kepada Kabinet Negeri dan Dewan Undangan Negeri untuk mendapatkan kelulusan bagi menukar status tanah simpan kepada tanah negeri,” katanya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: