Pelan pembangunan berterusan akan dilaksana di Kinabatangan, kata Bung Moktar

20 02 2010

KINABATANGAN: Pelan pembangunan secara berterusan terus dilaksanakan di daerah ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Beliau berkata ia akan diselaraskan bersama Pejabat Daerah Kinabatangan dan Pejabat Parlimen Kinabatangan demi kepentingan rakyat di kawasan berkenaan.

“Pelan pembangunan ini meliputi kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik serta kemudahan lain,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Kinabatangan bagi di Dewan Sri Lamag, pagi Khamis.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata kemudahan rakyat yang kita akan didirikan antaranya bangunan perpustakaan daerah, dewan serbaguna bagi dua kawasan daerah Tongod dan Kinabatangan termasuk pembinaan taman-taman perumahan di daerah Kinabatangan.

Bung Moktar berkata pelan pembangunan berterusan itu akan dikemukakan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi diambil perhatian yang serius untuk kelulusan kerana ini amat diperlukan.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan supaya perancangan pelan pembangunan yang dikemukakan kelak akan dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan RMK-11 Sebelas.

Bercakap berhubung kehadiran ahli mesyuarat perancangan daerah, Bung Moktar menjelaskan bahawa kerjasama antara kakitangan agensi dan ahli-ahli majlis perlu erat terutama kehadiran dalam mesyuarat pelaksana pembangunan.

” Seboleh-bolehnya mereka hadir (pegawai kerajaan) kerana jika tidak menghadiri mesyuarat sama ada jawatankuasa kecil, ianya akan menjejaskan keputusan membuat pelan pembangunan dan sekaligus membantutkan usaha perlaksanaanya,”katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Bung Moktar berkata pihaknya akan membuat pemantauan KPI ke atas setiap jabatan agensi-agensi kerajaan di Kinabatangan termasuk masalah ketidakhadiran pegawai-pegawai mereka dalam mesyuarat pelan pembangunan di daerah ini.

Katanya ia akan membuat laporan dari masa ke semasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai kegagalan mereka tidak hadir tanpa sebab dan sekaligus mereka ini boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

Ini kerana kata beliau peranan agensi-agensi pelaksana kerajaan amat diperlukan sebagai penasihat teknikal pada jawatankuasa kecil majlis-majlis sesebuah daerah.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Masiung Banah, Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Latif Kandok dan wakil kementerian kerajaan tempatan dan perumahan.

Enam muka baru telah dilantik membarisi senarai ahli-ahli majlis daerah Kinabatangan bagi sesi 2010-2011 adalah, Datuk Hajah Dg. Napsah Datuk Pg. Galpam, Matmin Etin, Arifin Masdan, Salehuddin Haji Anoi, Sharin Abdul Rahman dan Damsah Batadon.

Sementara yang kekal adalah, Basrih Haji Osman, Haji Hamidin Radin, Hajah Aminah Haji Johan, Abdul Agas, Awang Hamzah Ag. Lokman, Ahmad Barhama, Yahya Ebey, Sunsing Pitalai, Majid Lindan, Awang Gariman, Jaini Sayang dan Tity@Aing Suantah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: