KONTRAKTOR DIBERI TEMPOH 3 BULAN

1 02 2010

SANDAKAN: Kementerian Kesihatan telah memberi tempoh sehingga 30 April ini untuk pihak kontraktor menyiapkan segala kerja-kerja pemulihan dan kerosakan bangunan Hospital Duchess of Kent di sini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerosakan tersebut telah dilaporkan kepada kontraktor yang membina bangunan itu tetapi mereka berdolak-dalik dan masih belum melaksanakan sebarang kerja baik pulih sehingga hari ini (kelmarin).

Katanya sebuah jawatankuasa khas diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Maimunah Abdul Hamid ditubuhkan bagi memantau dan memastikan kerja-kerja baik pulih itu siap mengikut jadual.

“Jawatankuasa khas ini akan memastikan pihak kontraktor menunaikan janji-janji mereka,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan rasmi ke hospital itu kelmarin

Katanya hospital itu diberi peruntukan RM2.75 juta bagi menaiktaraf Unit Dietetik dan Sajian, Dewan Bedah Lama, pendawaian elektrik di wad bersalin serta menubuhkan Read the rest of this entry »





13 pulau dalam proses penandaan milik negara

1 08 2009

SANDAKAN: Tiga belas pulau di perairan Sabah kini dalam proses penandaan sebagai bukti penguasaan pulau itu milik Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya, proses penandaan itu termasuk membabitkan pembinaan tugu, menaikkan bendera Malaysia dan menamakan mana-mana pulau yang tidak mempunyai nama.

Beliau berkata, lokasi pulau itu merangkumi perairan di timur Sabah iaitu dari Kudat hingga ke Tawau membabitkan pulau yang tidak berpenghuni dan pulau kecil.

“Langkah itu sejajar dengan keputusan kerajaan untuk menandakan semua pulau yang tidak berpenghuni dan kecil berada di perairan Malaysia selepas Malaysia menang kes tuntutan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Terminal Bas di sini semalam, Mohamed Nazri berkata jurukur negeri sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan mereka sedang dalam proses penandaan termasuklah terhadap pulau yang baru timbul.

Terdahulu, Mohamed Nazri berkata, sebuah terminal bas baru bernilai RM17.5 juta Read the rest of this entry »





TM giat baiki kerosakan telekomunikasi di Sandakan

1 08 2009

SANDAKAN: Kerja membaikpulih kerosakan peralatan telekomunikasi di sini, masih giat dilakukan.

Kerosakan akibat kebakaran membabitkan bangunan Tele- kom Malaysia ™ Berhad itu menyebabkan kerosakan peralatan telekomunikasi sehingga menjejaskan talian telefon dan transaksi bank di sini, Kinabatangan dan Beluran.

Penolong Pengurus Operasi TM Sandakan Nordin Badar berkata keutamaan diberi kepada pemulihan kemudahan transaksi bank dan talian telefon di sekitar bandar Sandakan sehingga ke Read the rest of this entry »





PERHUBUNGAN TERPUTUS

1 08 2009

SANDAKAN: Gangguan perkhidmatan komunikasi teruk melandai Pantai Timur apabila kebakaran berlaku di bahagian pejabat dan komunikasi Telekom Malay- sia Berhad di sini kelmarin.

Beribu-ribu pengguna dari Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan kawasan sekitarnya terjejas.

Menurut kenyataan dari TM, kebakaran itu mengakibatkan gangguan perkhidmatan seperti suara, internet dan data TM seperti Telefoni, Litar Suwa, Data IPVPN, Metro E,TM Direct dan Streamyx/DSL.

“Kami buat masa ini sedang membuat taksiran tentang tahap kerosakan dan kerja-kerja baik pulih di ibu sawat tersebut akan dimulakan sebaik sahaja proses taksiran selesai,” kata kenyataan itu.

“Kami akan membuat pengumuman mengenai perkembangan kerja-kerja baik pulih yang sedang dijalankan,” katanya.

Ketika memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi, beliau memberikan jaminan Read the rest of this entry »