Seorang Mati Dan Lima Lagi Cedera Diserang Lelaki Mengamuk

30 01 2010

SANDAKAN, 28 Jan (Bernama) — Seorang pekerja ladang maut dan lima lagi cedera selepas diserang oleh seorang lelaki yang mengamuk di sebuah ladang kelapa sawit di Sukau Kinabatangan kira-kira 100 kilometer di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rosli Mohd Isa berkata mangsa dikenali sebagai Baharun Toba, 40, warga Indonesia, mati di tempat kejadian akibat cedera parah diserang oleh lelaki yang bersenjatakan sebilah parang itu.

Katanya insiden berlaku kira-kira pukul 6 pagi dan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai mengamuk kerana tidak berpuas hati dipersendakan oleh tiga pekerja ladang yang turut tercedera dalam kejadian itu dan tinggal serumah dengannya.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki yang mengamuk itu baru sahaja tiba di ladang itu semalam untuk mencari pekerjaan dan penyelia ladang itu kemudian memintanya bermalam di sebuah Read the rest of this entry »

Advertisements




Musa: Hanya kontraktor berwibawa dipilih sertai projek pembangunan

17 09 2009

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata hanya kontraktor yang berwibawa serta berkelayakan dipilih untuk menyertai projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Kewangan Negeri itu berkata selain kontraktor yang berkelayakan tahap kualiti kerja dan siap mengikut jadual juga dititik beratkan dalam pelaksanaan sesebuah projek kerajaan.

“Kini tender projek terbuka dan boleh dilayari dengan melayarinya di laman web kerajaan negeri dan laman web Umno Sabah,” katanya pada majlis berbuka puasa Umno Zon 5, iaitu bahagian Libaran, Kinabatangan, Beluran, Batu Sapi dan Sandakan di dewan Sri Libaran di sini malam Rabu

Menurut Musa banyak lagi kawasan yang akan dibangunkan di negeri ini terutama di bawah projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Sementara itu, Musa juga mengingatkan wakil-wakil rakyat supaya jangan ingat diri sebagai yang berhormat tetapi ingat yang berkhidmat,” kata.

Musa yang Pengerusi Barisan Nasional (BN), Sabah berkata Barisan Nasional (BN), mempunyai rekod perjalanan politik yang baik dan terbukti membela nasib rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil-wakil rakyat agar kerap turun padang untuk berjumpa dengan rakyat dan menyelesaikan setiap permasalahan rakyat di setiap kawasan.

“Jangan ingat YB tetapi ingatlah sebagai yang berkhidmat. YB yang berkhidmat kepada rakyat kerana kita adalah di kalangan rakyat yang dipilih rakyat,” katanya di hadapan lebih 500 ahli Umno yang terdiri dari bahagian, Libaran, Kinabatangan, Batu Sapi, Beluran dan Sandakan di dewan Sri Libaran di sini malam kelmarin.

Musa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri berkata dengan perkhidmatan yang baik kepada rakyat akan mempastikan Sabah terus mengekalkan kemenangan yang dipegang selama ini.

Dalam perkembangan itu, Musa menyeru agar semua para pemimpin dalam komponen parti saling bekerjasama dan terus bersatu padu bersama menunaikan janji kepada rakyat.

Ini jelas kata Musa para pemimpin dituntut untuk lebih memberikan perkhidmatan kepada rakyat sesuai dengan permintaan generasi muda yang lebih ke depan dalam dunia Read the rest of this entry »





Tukar imej negatif dilabel kepada rakyat tempatan, kata Saddi

8 09 2009

SUKAU : Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman, menegaskan masyarakat Islam khususnya rakyat tempatan di sini mempunyai tanggungjawab menukarkan imej negatif yang kerap dilabelkan kepada mereka sebagai golongan yang tidak gigih berusaha dan menyerahkan masa depan kepada kerajaan.

Katanya, kalangan rakyat itu perlu bangkit memperbetulkan asas dan hala tuju mereka agar kehidupan generasi tempatan kelak lebih terpelihara, tidak terlibat dengan gejala negatif kesan daripada masalah ekonomi, sehingga ada yang merempat di tanah air sendiri.

“ Apa yang saya harapkan agar rakyat tempatan yang masih menetap di sekitar Gumantong jaya dan Zon Sukau ini boleh merubah sikap mereka. Tukarkanlah imej kampung ini daripada pelbagai masalah termasuklah menangani gejala penagihan dadah di kalangan belia yang diketahui sebelumnya.

“Kita mempunyai banyak pendekatan merubah sebuah kampung. Yang penting rakyat sedia berusaha dan bekerjasama. Kerajaan yang masih kuat seperti Barisan Nasional (BN) mampu memberikan apa saja khidmat sebaiknya,” katanya.

Berucap pada Majlis Berbuka Puasa kawasan Mukim Sukau yang melibatkan Kampung Gumantong Jaya, Kampung Sukau, Kampung Bilit, Terus Jaya dan PPMS Sukau, Saddi berkata, tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai wakil rakyat di sini berusaha untuk meletakkan kehidupan rakyat tempatan menjadi lebih baik.

Bagaimanapun, tegas Saddi, keenganan rakyat tempatan untuk berdikari menjadikan peluang yang ada di sekitar mereka direbut oleh golongan lain.

Katanya, kehidupan sedemikian menjadikan rakyat tempatan terus ketinggalan dan tidak lagi dihormati, sedangkan tuntutan mendapatkan tanah bagi merubah ekonomi dan kehidupan keluarga mereka sebelum ini, sebahagiannya sudah ditunaikan pihak kerajaan.

“Marilah kita pergunakan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, lebih baik daripada seribu bulan ini sebagai asas memperbetulkan sikap, akidah serta iltizam yang tinggi untuk kita merubah masa depan sebagai masyarakat Islam yang berkualiti kehidupan dunia dan akhiratnya,” katanya kepada lebih 100 orang penduduk mewakili kampung-kampung terlibat dalam program itu.

Sikap buruk seperti dendam mendendam dan caci mencaci di kalangan penduduk setempat, katanya, perlu dihentikan kerana ianya sikap keji sedemikian amat bertentangan dengan ajaran Islam dan merupakan Read the rest of this entry »





Pekan Muhibbah, Hub Pendidikan akan jadi tarikan pelancongan di Sandakan: Musa

8 09 2009

SANDAKAN: Pembangunan bersepadu Pekan Muhibbah dan Hub Pendidikan bakal mewujudkan dua lagi destinasi tarikan pelancongan domestik dan antarabangsa bagi daerah Sandakan yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan kepada masyarakat setempat.

Berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat untuk golongan fakir, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), anak-anak yatim dan warga emas di masjid Sri Aman Pekan Muhibbah Sungai Manila di sini kelmarin, Ketua Menteri, Datuk Musa Haji Aman, berkata selepas siap sepenuhnya dalam masa terdekat keduanya turut mengubah lanskap ekonomi dan budaya kawasan berkenaan.

Katanya, Pekan Muhibbah yang direka bina untuk melambangkan perubahan sikap dan minda masyarakat bagi menggapai kemajuan mapan berupaya berkembang sebagai tarikan pelancongan berasaskan produk kraf tangan yang dihasilkan masyarakat buta di pusat latihan Taman Cahaya yang kini hampir siap sepenuhnya.

“Disokong dengan pembinaan perumahan rakyat serat kemudahan infrastruktur lain seperti Kompleks Sukan Komuniti, Bangunan Kemas, pusat perniagaan dan laluan terdekat ke Pulau Silingan, saya yakin Pekan Muhibbah akan menjadi lokasi pelancongan menarik kepada pelancong,” katanya.

Sementara itu menurut Ketua Menteri, Hub Pendidikan di Sungai Batang yang berjiran dengan Pekan Muhibbah akan menjadi bandar keilmuan berkualiti antarabangsa dengan kewujudan berbagai institusi pengajian serta kolej bakal jadi tumpuan pelajar bukan saja tempatan malah luar negara.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Kewangan, mahu rakyat di sekitar zon pembangunan itu bersedia dan berani menerima perubahan sekitar mereka serta perlu menjadi sebahagian penggerak aktiviti sosio-ekonomi dan budaya jika tidak mahu terpinggir dari kemajuan yang dibawa oleh kerajaan Read the rest of this entry »





TERIMA KASIH PM

6 09 2009

SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman berkata, pemimpin dan rakyat negeri ini berterima kasih kepada kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’Seri Mohd Najib Tun Razak kerana telah menyalurkan peruntukan ber- bilion ringgit untuk pembangunan di negeri ini.

Katanya, dengan adanya peruntukan dari kerajaan persekutuan itu rakyat negeri ini men- dapat manafaat melalui program pembangunan yang dirancang kerajaan negeri sekaligus memberikan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semepna majlis penyerahan sumbangan hari raya kepada golongan fakir, ibu tunggal, anak- anak yatim, golongan orang kurang upayah (OKU) dan mualaf di Kampung Batu Putih di sini kelmarin.

Katanya, di peringkat kerajaan negeri usaha berterusan untuk membangunkan rakyat tetap menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengecualikan mana-mana kawasan kerana setiap rakyat berhak untuk menikmati segala kemudahan yang diberikan kerajaan.

“Rakyat tentunya dapat melihat berbagai program pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan mereka, semua ini merupakan hasrat kepimpinan negara untuk melihat masyarakat kita sentiasa terbela. Rakyat bukan saja menikmati pembangunan malah mampu meningkatkan ekonomi keluarga,” tambahnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan ber- kata, usaha membangunakan kawasan- kawasan di negeri ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringat serta berterusan dan berharap rakyat bersabar dengan memberikan masa kepada kerajaan dan wakil-wakil rakyat melaksanakan apa yang telah dirancang untuk mereka.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Badan perhubungan Umno Negeri menegaskan, kejayaan kerajaan melaksanakan sega- la aktiviti pembangunan infrastruktur dan sosio-ekonomi negeri ini berkait rapat dengan kekuatan perpaduan kalangan rakyat khususnya di peringkat akar umbi.

Turut hadir Adun Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Mohd Edris, Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Armani Hj Mahiruddin, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sg. Sibuga, Hj Basra Hj Abdul Rahman, Ketua Daerah OKK Hj Awang Damit Hj Abdul Rahim serta AJK Bahagian, Pemuda,Wanita dan Puteri Umno Libaran.

Ketua Umno Bahagian Libaran itu juga mahu golongan muda sentiasa diberikan peluang dan Read the rest of this entry »





Masyarakat di pulau dinasihat peka isu kebersihan elak H1N1

3 09 2009

SANDAKAN: Masyarakat yang mendiami pulau-pulau di sekitar bandar ini dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan isu kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan penularan wabak Selesma Babi atau influenza H1N1 di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Zakaria Haji Edris berkata wabak yang kini menular ke serata pelusuk daerah memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya tidak kira di bandar mahupun di kawasan luar bandar.

“Jangan pandang remeh soal kebersihan dan penjagaan kesihatan diri dan pesekitaran kediaman kita.

“Ini kerana wabak H1N1 kini menular di serata tempat tidak terkecuali kawasan terpencil seperti di pulau-pulau ini,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Sumbangan kepada fakir miskin di Pulau Read the rest of this entry »





14 ditahan dalam ‘Ops Octopus’

2 09 2009

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Marin di sini terus memperhebatkan usaha membenteras kegiatan penyeludupan termasuk kemasukan pendatang tanpa izin ke dearah ini.

Bertindak atas maklumat kemasukan PTI itu pada pukul 9.50 malam pada 30 Ogos lepas, sepasukan anggota U.R.M yang menjalankan rondaan ‘Ops Octopus’ telah membuat intipan ke atas di perairan laut Pulau Nunuyan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM daerah ini, Pemangku ASP Muhammad Sallam Spawi berkata sebaik intipan dibuat mendapati dua bot jenis pump bot dalam keadaan mencurigakan dan sarat membawa seramai 14 orang penumpang yang disyaki PTI.

“Ketika bot bergerak masuk ke laut menuju ke pantai Pulau Nunuyan dan pada masa yang sama anggota menghampiri kedua-dua bot memecut ke kawasan cetek dan mengandaskan bot ke pantai,” katanya dalam siaran akhbar di sini kelmarin.

Muhammad Sallam berkata pasukan itu berjaya menghalang tindakan juragan bot Read the rest of this entry »