KONTRAKTOR DIBERI TEMPOH 3 BULAN

1 02 2010

SANDAKAN: Kementerian Kesihatan telah memberi tempoh sehingga 30 April ini untuk pihak kontraktor menyiapkan segala kerja-kerja pemulihan dan kerosakan bangunan Hospital Duchess of Kent di sini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerosakan tersebut telah dilaporkan kepada kontraktor yang membina bangunan itu tetapi mereka berdolak-dalik dan masih belum melaksanakan sebarang kerja baik pulih sehingga hari ini (kelmarin).

Katanya sebuah jawatankuasa khas diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Maimunah Abdul Hamid ditubuhkan bagi memantau dan memastikan kerja-kerja baik pulih itu siap mengikut jadual.

“Jawatankuasa khas ini akan memastikan pihak kontraktor menunaikan janji-janji mereka,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan rasmi ke hospital itu kelmarin

Katanya hospital itu diberi peruntukan RM2.75 juta bagi menaiktaraf Unit Dietetik dan Sajian, Dewan Bedah Lama, pendawaian elektrik di wad bersalin serta menubuhkan Read the rest of this entry »





Keluarga bekas tahanan ISA; Abdul Jamal Azhari masih sengsara di Manila

30 01 2010

Mereka kini seolah-olah sudah ‘terperangkap’ di Manila,” kata Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman ketika mengulas perkembangan baru berhubung tragedi yang menimpa ahli keluarga bekas tahanan ISA, Abdul Jamal Azhari dan isterinya Norhatta.

Abdul Jamal Azhari barangkali bukanlah nama besar seperti besarnya perjuangan Norlaila Othman ketika membebaskan suaminya Mat Sah Mat Satray. Namun begitu, penderitaan yang menimpa mereka sekeluarga masih menjalar sehingga ke hari ini.

“Mereka sekeluarga telah diterbangkan ke Filipina ke sana sebelum ini kerana menziarahi Abdul Jamal yang sedang sakit-sakit, tapi sekarang mereka tinggal menyewa di sana,” kata Ahmad Lutfi ketika mengulas perkembangan terkini berhubung keadaan keluarga yang malang itu.

Tambah Ahmad Lutfi, kos sewaan rumah penginapan di Manila agak mahal dan dalam keadaan mereka yang tiada pekerjaan, maka mereka kini telah hilang tempat pergantungan di negeri orang.

“Setidak-tidaknya, jika mereka berada di rumah mereka sendiri Sandakan, Read the rest of this entry »





Masyarakat di pulau dinasihat peka isu kebersihan elak H1N1

3 09 2009

SANDAKAN: Masyarakat yang mendiami pulau-pulau di sekitar bandar ini dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan isu kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan penularan wabak Selesma Babi atau influenza H1N1 di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Zakaria Haji Edris berkata wabak yang kini menular ke serata pelusuk daerah memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya tidak kira di bandar mahupun di kawasan luar bandar.

“Jangan pandang remeh soal kebersihan dan penjagaan kesihatan diri dan pesekitaran kediaman kita.

“Ini kerana wabak H1N1 kini menular di serata tempat tidak terkecuali kawasan terpencil seperti di pulau-pulau ini,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Sumbangan kepada fakir miskin di Pulau Read the rest of this entry »





400 tan gula tiba Rabu

30 08 2009

KOTA KINABALU: Sebanyak 400 tan gula dijangka tiba di Pelabuhan Kota Kinabalu, di sini Rabu ini bagi memastikan bekalan bahan berkenaan mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang Aidilfitri hujung September ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Read the rest of this entry »





PENCEMARAN SG. SEGELIUD

26 08 2009

SANDAKAN : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah diminta mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang yang bertanggungjawab mencemar Sungai Segaliud dekat sini hingga mengakibatkan banyak hidupan air tawar itu ditemui mati terapung-apung hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, langkah segera perlu diambil kerana lebih 2,000 penduduk tinggal serta bergantung hidup dengan sungai tersebut sebagai sumber air dan pendapatan.

Tegas Samsudin, JAS perlu memeriksa kandungan sungai tersebut dengan mengambil contoh airnya bagi memastikan sama ada masih selamat digunakan atau sebaliknya.

“Sungai Segaliud kini berdepan dengan pencemaran serius apabila hidupan sungai itu mati secara tiba-tiba. Bangkai ribuan ikan, udang dan hidupan air tawar lain ditemui mati dan airnya jug Read the rest of this entry »





300 tan metrik gula dihantar ke Sabah

18 08 2009

SANDAKAN: Lebih 300 tan metrik gula akan dihantar ke negeri ini melalui Pelabuhan Sepanggar di Kota Kinabalu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan itu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun berkata bekalan gula itu dijangka tiba esok dan akan diagih-agihkan ke daerah-daerah yang mengalami kekurangan bahan itu.

“Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sedang melaksanakan pelbagai usaha mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di negeri ini dengan mendapatkan bekalan dari Semenanjung Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Amal ke Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya di sini kelmarin.

Beliau meminta penduduk di Sabah tidak perlu panik dengan situasi kekurangan bekalan gula yang berlaku pada masa sekarang.

Katanya kerajaan sentiasa memantau masalah kekurangan Read the rest of this entry »





44 Keluarga Mangsa Angin Kencang Terima Bantuan

9 07 2009

KINABATANGAN : Seramai 44 keluarga dari empat buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Kinabatangan yang terlibat dengan bencana angin kencang telah menerima bantuan atap zink dari wakil rakyat mereka, Saddi Abdul Rahman.

44 buah keluarga ini merupakan penduduk Kampung Semayang, Kampung Lubukan, Kampung Selogong dan Kampung Sungai Madang.

Dalam kejadian pada 8 Jun yang lepas, atap zink rumah keluarga yang terlibat ini telah diterbangi angin akibat bencana angin kencang yang berlaku di kawasan berkenaan.

Akibat dari itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman telah menyediakan peruntukkan bagi membantu rakyat di kawasan itu yang terlibat bencana angina kencang itu.

Walaupun terpaksa menggunakan bot dari bandar Sandakan untuk sampai ke Kampung Semayang bagi menyampaikan bantuan atap zink kepada mangsa yang terlibat.

Saddi dalam ucapannya memberitahu mangsa-mangsa bencana alam perlu banyak-banyak bersabar dengan apa yang berlaku.

Beliau turut mahu pemimpin di setiap kampung perlu membuat laporan segera dengan apa yang berlaku agar bantuan dapat disalurkan dengan cepat.

` Pemimpin diperingkat kampung inilah yang perlu memainkan peranan bukan sahaja membuat laporan kejadian seumpama ini tetapi membuat laporan mengenai penyediaan kemudahan asas dan infrastuktur yang diperlukan oleh rakyat di setiap kawasan yang diwakili mereka’, katanya.

Saddi turut mahu pemimpin masyarakat diperingkat kampung ini tidak tidur sebaliknya segera membuat laporan kepada pihaknya untuk memastikan permasalahan rakyat dapat diajukan kepada pihak kerajaan dan diselesaikan demi kebaikkan serta keselesaan rakyat.

Beliau kini akan membuat satu pendekatan baru seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana `Rakyat Dahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

` Pendekatan baru itu ialah saya sendiri akan turun padang bagi menyampaikan bantuan berkenaan kepada tangan rakyat itu sendiri sama ada mereka itu terlibat dengan bencana alam atau memerlukan sumbangan ‘, katanya.

Saddi menjelaskan ini adalah satu pendekatan yang baik dimana kita lebih mengenali rakyat yang menerima bantuan sekaligus mengenalpasti permasalahan yang mereka hadapi.
` Usaha ini kita akan jalankan secara berterusan dalam membantu golongan yang susah dan memerlukan bantuan’, tegasnya.

Dalam pada itu permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat kampung Semayang mengenai masalah jalanraya menghubung ke Kampung Sungai Madang, Saddi menjelaskan ia akan mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Hutan Sabah mengenai perkara itu.
` Pihaknya akan membawa turut sendiri Pengarah Jabatan Perhutanan ini bagi melihat sendiri permohonan penduduk kampung yang mahukan jalanraya berkenaan yang terpaksa merentasi kawasan hutan simpan di kawasan itu’, katanya.

Beliau juga akan berusaha bukannya berjanji tetapi akan membantu masyarakat kampung disitu untuk menyediakan jalanraya berkenaan walaupun terpaksa menggunakan peruntukan ADUN.

` Ini adalah untuk kepentingan rakyat, tidak salah kita menyediakan kemudahan itu untuk keselesaan dan meningkatkan ekonomi rakyat disekitar kawasan berkenaan’, katanya.

Saddi menambah sekiranya jalanraya berkenaan telah disediakan sudah tentu rakyat disitu dapat mengangkut hasil laut dan tanaman mereka untuk dipasarkan ke bandar Sandakan.

` Kita hanya menyediakan kemudahan infrastuktur dan mereka (penduduk) dapat meningkatkan ekonomi mereka sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan’, katanya.

Beliau menjelaskan dimana kita telah membuka ruang yang luas kepada mereka melalui penyediaan kemudahan infrastuktur berkenaan.

Sementara itu, Saddi turut mahu rakyat di kawasan itu sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segala perancangan dalam membangunkan kawasan ini berjalan mengikut jadual.

` Rakyat juga perlu sedar dimana kerajaan BN sahaja yang mampu membangunkan negeri ini ‘, katanya yang mahu rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan perpaduan.

Beliau menambah mereka ini (pihak tertentu) mahu melihat berpecah-belah dan menimbulkan bibit-bibit kebencian terhadap kerajaan sedangkan mereka tidak tahu selama ini hanya kerajaan BN telah berusaha membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

` Saya amat yakin dimana rakyat di DUN Sukau ini tidak akan dipinggirkan oleh kerajaan BN kerana wakil rakyat disini adalah datangnya dari BN’, katanya sambil menjelaskan ini adalah satu pilihan bijak rakyat DUN Sukau yang memilih wakil BN untuk mewakil mereka.

Saddi berkata kerajaan BN akan terus menyalurkan segala pembangunan dan bantuan kepada rakyat secara berperingkat-peringkat.

Sebelum ini, Saddi juga telah menyampaikan sumbangan bantuan zink kepada 61 keluarga dari empat buah kampung di Zon Batu Putih iaitu Kampung Sentosa Jaya, Kampung Perpaduan Datuk Ugi, Kampung Batu Puteh dan Kampung Mengaris.

Dua keluarga lagi telah menerima bantuan tangki air dan Saddi juga turut menyampaikan 100 buah kerusi kepada Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan untuk kegunaan rakyat disitu.

Turut hadir, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau Sharin Abdul Rahman dan para pemimpin Unit PKR .

Sumber : Blog Adun 48 Sukau