Pelan pembangunan berterusan akan dilaksana di Kinabatangan, kata Bung Moktar

20 02 2010

KINABATANGAN: Pelan pembangunan secara berterusan terus dilaksanakan di daerah ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Beliau berkata ia akan diselaraskan bersama Pejabat Daerah Kinabatangan dan Pejabat Parlimen Kinabatangan demi kepentingan rakyat di kawasan berkenaan.

“Pelan pembangunan ini meliputi kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik serta kemudahan lain,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Kinabatangan bagi di Dewan Sri Lamag, pagi Khamis.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata kemudahan rakyat yang kita akan didirikan antaranya bangunan perpustakaan daerah, dewan serbaguna bagi dua kawasan daerah Tongod dan Kinabatangan termasuk pembinaan taman-taman perumahan di daerah Kinabatangan.

Bung Moktar berkata pelan pembangunan berterusan itu akan dikemukakan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi diambil perhatian yang serius untuk kelulusan kerana ini amat diperlukan.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan supaya perancangan pelan pembangunan yang dikemukakan kelak akan dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan RMK-11 Sebelas.

Bercakap berhubung kehadiran ahli mesyuarat perancangan daerah, Bung Moktar menjelaskan bahawa kerjasama antara kakitangan agensi dan ahli-ahli majlis perlu erat terutama kehadiran dalam mesyuarat pelaksana pembangunan.

” Seboleh-bolehnya mereka hadir (pegawai kerajaan) kerana jika tidak menghadiri mesyuarat sama ada jawatankuasa kecil, ianya akan menjejaskan keputusan membuat pelan pembangunan dan sekaligus membantutkan usaha perlaksanaanya,”katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Bung Moktar berkata pihaknya akan membuat pemantauan KPI ke atas setiap jabatan agensi-agensi kerajaan di Kinabatangan termasuk masalah ketidakhadiran pegawai-pegawai mereka dalam mesyuarat pelan pembangunan di daerah ini.

Katanya ia akan membuat laporan dari masa ke semasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Read the rest of this entry »

Advertisements




Pekan Baru Sukau bakal dilancarkan

4 02 2010

KAMPUNG SUKAU, KINABATANGAN: Azam seorang wakil rakyat di sini untuk melihat kewujudan sebuah Pekan Baru Sukau semakin hampir jadi kenyataan apabila satu lawatan khas meninjau tapak melancarkan satu-satunya pusat pembangunan dan pentadbiran kawasan Dewan Undangan Negeri itu dilakukan pagi kelmarin.

Saddi Haji Abdul Rahman diiringi oleh Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok, para anggota Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau, pegawai kanan Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) dan kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau.

Saddi adalah pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau bersetuju dengan penyediaan sebahagian kecil daripada lebih 130 ekar tanah bagi projek itu dijadikan pusat Majlis Pecah Tanah Pekan Baru Sukau yang dijangka dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Majlis itu dijangka turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman, para pemimpin negeri dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Sebelum itu, Saddi turut menyampaikan Surat Tauliah Gantian Tanah kepada para pemohon tanah asal (PT) di kawasan tanah asal sebagai majlis simbolik kepada lawatan lebih sejam ke tapak pelancaran pekan baru itu. Beliau gembira kerana 13 keluarga terlibat bersedia membatalkan permohonan tanah (PT) Read the rest of this entry »





SANDAKANKINI kini Kembali semula

7 12 2009

Admin Sandakankini ingin memohon maaf atas segala kesulitan disebabkan laman Sandakankini tidak diupdate disebabkan oleh masalah teknikal Admin. Sandakankini akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula minggu hadapan.

Terima kasih,

Ahmad Don





Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52

31 08 2009





Salam Ramadhan

23 08 2009





Saddi bekal peralatan jalur lebar kepada 42 pengerusi JKKK di kawasannya

13 06 2009

SUKAU: Wakil rakyat di sini, Saddi Haji Abdul Rahman mencatat sejarah perkhidmatannya tersendiri apabila membekalkan semua pengerusi JKKK di kawasannya dengan peralatan jalur lebar sebagai akses kepada jaringan perkhidmatan dan maklumat pembangunan kepada rakyat diwakilinya.

Saddi menyalurkan peralatan itu kepada kesemua 42 orang pengerusi JKKK berkenaan yang disampaikan secara simbolik pada majlis Pelancaran Laman Blog Adun 48 Sukau yang ber-konsepkan Khidmat Kasih, di Kampung Paris, salah satu mukim Dewan undangan negeri itu, malam Selasa.

Peralatan mudah alih itu bukan saja untuk membolehkan rakyat di kawasan masing-masing menyampaikan segala permohonan berhubung pembangunan dan rancangan ekonomi mereka secara maya (penggunaan internet), tetapi melaporkan secara pantas masalah penduduk termasuk berkaitan bencana alam dan sebagainya.

Berucap pada majlis pelancaran blog itu yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Saddi berkata, kedudukan logistik kawasan Dun Sukau yang luas di luar bandar adalah antara keperluan kemudahan itu disalurkan.

“Daripada alasan ini serta suasana kehidupan penduduk kampung yang berbeza-beza dari segi sumber ekonomi dan pembangunan, saya merasakan perlunya para pengerusi JKKK ini dibekal-kan kemudahan jalur lebar bagi membolehkan mereka menghubungi saya secara penggunaan internet,” katanya.

Katanya, kemudahan itu hanya disematkan kepada komputer yang dimiliki oleh para pengerusi JKKK itu untuk melayari internet dan mengakseskannya kepada email Adun48 Sukau.com untuk menyampaikan keperluan serta rintihan mereka.

Menurut Saddi, pendaftaran Read the rest of this entry »





Penduduk di DUN Sukau diminta manfaatkan laman blog untuk suarakan masalah

13 06 2009

KINABATANGAN: Orang ramai perlu memanfaatkan laman blog wakil rakyat yang berperanan sebagai media alternatif bagi menyuarakan permasalahan mereka bagi memudahkan kerajaan mencari jalan membantu mereka, kata Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

“Dengan wujudnya laman blog seperti ini maka ia akan dapat mendekatkan pemimpin dengan rakyat serta akan meningkatkan jumlah masyarakat luar bandar yang celik komputer” katanya ketika merasmikan Pelancaran Blog Anggota Dewan Undangan negeri (Adun) kawasan Sukau di Dataran Kampung Paris, dekat sini.

Sementara itu, Adun Sukau, Saddi Abdul Rahman mahu rakyat di kawasannya memanfaatkan peluang untuk berkomunikasi dan menyatakan permasalahan yang dihadapi mereka terus kepadanya dengan hanya mengakses laman blog yang telah dilancarkan itu.

“Saya mahu semua penduduk menghubungi saya dengan menyampaikan kepada saya permasalahan yang dihadapi walaupun anda jauh berada di dalam kampung dan saya mahu semua penduduk memanfaatkannya”, katanya.

Melalui laman blog, ia menjadi Read the rest of this entry »