Sejarah Awal Sandakan

Lagenda Sandakan bermula beberapa tahun sebelum Pryer. Kampung German yang dijadikan oleh Kaptain William Schuck berbangsa Jerman sebagai pangkalan perniagaan merupakan penempatan pertama, walaupun pada masa tersebut sudah ada beberapa orang Sulu yang menetap di sekitar laut berdekatan. Apabila Kaptain William Schuck mendapat sebuah pulau di kesultanan Sulu, maka Wiliam Clarke Cowie, seorang pedagang dan pelaut dari Scotland, telah mengantikannya. Penempatan ini menjadi pusat perniagaan senjata yang tidak berjaya. Beliau akhirnya mencari rakan niaga dari Kesultanan Sulu dan meninggalkan Kampung German. Pada masa yang sama Baron de Overbeck telah berjaya mendapatkan konsesi sebahagian wilayah Sandakan setelah bertemu dengan Sultan Sulu yang bernama Sultan Jamal Ui Alam. Keluasan ini bermula dari Sungai Sibuco (Sg. Sibuga) sehinggalah wilayah Sungai Padasan kira-kira 20,000 batu persegi. Menurut perjanjian tersebut, Baron de Overbeck akan membayar sebanyak $5,000 setiap tahun. Serentak itu juga, Baron de Overbeck diisytiharkan sebagai Dato Bendahara serta Raja Sandakan berkuatkuasa pada 1878. Untuk mentadbir wilayah yang dimilikinya, de Overbeck telah menyerahkan pentadbiran dan pengurusan kawasan-kawasan ini kepada beberapa pegawai Inggeris yang dipercayainya. Antara orang yang dipercayainya ialah William Burgess Pryer. Bandar Sandakan mula berkembang apabila ia di tadbir oleh William B. Pryer pada 21 Jun 1879.

Apabila Pryer tiba di Kampung German dalam 1878, tugas pentadbirannya yang pertama adalah memperkenalkan satu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang cukai perdagangan bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi perdagangan yang berlebihan.  Rundingan terpaksa di buat bersama dengan pemimpin suku di kawasan tersebut. Akhirnya satu persetujuan di capai, cukai perdagangan telah diperkenalkan untuk keseragaman.  Pembaharuan ini mendapat sokongan dan bantahan dari beberapa suku kaum, walau bagaimanapun Pryer berjaya mengatasi masalah ini walaupun berlakunya Peristiwa Timbong di mana Emaum Jelanee yang mengetuai suku kaum Bajau Laut telah menyerang Pulau Timbong. Bantahan ini berlaku kerana ia menyekat kebebasan berdagang.

Beberapa masalah seperti masalah lanun menyerang juga dapat diatasi oleh Pryer. Kemajuan, kestabilan perdagangan dan keamanan di bandar baru ini telah menarik minat pedagang asing seperti pedagang Cina serta suku kaum di Kepulauan Filipina.

Pryer juga berusaha memperkembangkan kekuasaannya sehingga ke kawasan Kinabatangan. Kawasan ini penting kerana hasil hutan dan hasil sarang burung di Gua Gomantong merupakan bahan mentah yang terkenal.

Dalam kepesatan pembangunan Kampung German akhirnya telah terbakar akibat kecuaian seorang penduduk Kampung bernama “Sabtu”. Kebakaran tersebut telah memusnahkan seluruh kampung termasuk rumah Pryer sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan Pryer dan penduduk Kampung berpindah ke satu kawasan baru yang terletak di muara teluk pada 18 Jun 1879. Kawasan ini dikenali sebagai Buli Sim-Sim (Booly Sim-Sim).

Pryer telah menamakan tempat ini ‘Elopura’ yang bermaksud “Bandar yang Indah”. Pryer menebang pokok yang pertama apabila menjalankan kerja-kerja pembersihan sepenuhnya kerana Buli Sim-Sim ketika itu merupakan kawasan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok bakau.

Menjelang tahun 1881, Elopura telah berkembang menjadi sebuah pekan yang di bina sebahagiannya di atas air. Jambatan-jambatan yang tidak berapa teguh di perbuat daripada nibong berfungsi sebagai jalan raya. Pada tahun 1882 terdapat lebih kurang 57 buah rumah dengan penduduk seramai 696 orang dan jumlah ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dengan komposisi komuniti Bajau, Cina, Sulu dan lain-lain. Terdapat seramai 30 orang Eropah, 3000 orang-orang Cina dan 3,000 pelbagai Cina.

Oleh itu, William B. Pryer merupakan orang penting dalam merintis pembangunan awal bandar Sandakan dengan penyediaan asas-asas polisi pentadbiran untuk diteruskan oleh pemimpin lain. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1890 dan secara langsung tidak lagi menjadi pengerusi “British North Borneo Development Corporation”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: